June 4, 2012

BINGKA UBI CHEESE




Assalamualaikum....

Sunyi rumah saya ketika ini .. musim cuti sekolah tapi anak anak semua tinggal di rumah datuk .... macam ni lah  biasanya bila cuti sekolah di rumah saya...

Sebenarnya dah banyak kali kita buat Bingka Ubikayu Cheese ni..cuma malas nak upload takut bosan asyik menu yang sama... tapi kali ni kita masukkan juga sebab mungkin ada yang dah lama tak membuatnya..

Terima kasih buat empunya resepi....



BINGKA UBIKAYU CHEESE


Saiz 8" persegi


BAHAN2:
250g Cream Cheese
250g Gula
2 biji Telur
800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
Pewarna kuning

CARA2:
1.Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
Masukkan elur satu persatu sambil dipukul rata.
Masukkan ubikayu & santan.

2. Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak.

Sejukkan sebelum di potong.

4 comments:

  1. alahai sedapnye..skali pndang nmpk mcm kek lak..comeiii

    ReplyDelete
  2. salam dah lah bingak ubi tu sdp...kegemaran kita...pastu di letak pulak cheese mak hai lg le betambah tambah sdp...godaan di buatnya

    ReplyDelete
  3. Wah, Along pun tak rajin buat byk kali... teringin pula sbb dah lama tak makan ni...

    ReplyDelete
  4. arghhh pengsan tgk resepi kak naz! besttt

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...