October 4, 2011

KEK KUKUS PINKY STRAWBERRY

 Assalamualaikum... jumpa lagi di hari Selasa..


Seperti biasa ..hari bekerja.. pagi2 dah ada di pejabat..tengahari ambil anak di sekolah..






Petang tadi .. kita ke Jalan Pahang.. gi tempah seluar untuk ride.. bila sampai rumah kita terus ke dapur... dok godek godek ... kita nampak kek ni dalam buku Kek Kukus (ZUbaida Che Pa).. nama pun nampak menarik macam motor kita.... Pinky Pinky .. nak tengok KLIK SINI  ya....


Bahan bahan amat mudah dah kek ini amat lembut dan enak... anak2 kita yang tak makan kek pun boleh menghadap kek ni... tak rugi mencuba....



KEK KUKUS PINKY STRAWBERRY
Sumber : Buku Kek Kukus
Dari : NAZRAH BAKERY


Bahan A
175 gm mentega
140 gm gula caster
1/2 sudu makan ovelet
3 biji telur B

Bahan B
140 gm tepung superfine
20gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1 st serbuk penaik


Bahan C
100 gm susu cair


CARA2

1. Pukul Bahan A sehingga gebu dan pekat.
2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kaub balik adunan.
4. Bahagian kepada 3 bahagian dan warnakan dengan pink terang, pink lembut dan satu bahagian di biarkan kosong (yang ini kita bahagikan dua warna sahaja)
5.Acan bulat 8"
6. Tuangkan adunan kosong dan kukus selama 20 minit.
7. Setelah masak tuangkan lagi adunan pink lembut dan kukus lagi selama 20 minit.
8. Tuang lagi adunan terakhir warna pink terang dan kukus lagi selama 20 minit.


@@@ kita kukus bahagian kuning selama 20 minit dan kemudian bahagian pink selama 40 minit.



9 comments:

  1. rajinnyer kak naz cuba resepi baru =) kaler sgt sweet =)

    ReplyDelete
  2. pinky la pulok...haish...tetiba rasa jeles nih..nakbuat bila tah..hehe

    ReplyDelete
  3. salam.
    nampak lembap dan gebu. mesti sedap.

    ReplyDelete
  4. salam naz..amboi gebus nya kek kukus tu naz..terliur tgk..mcm nk jamah je

    ReplyDelete
  5. aslmkum naz.. akk dah buat kek kukus pelangi .. sangat sedap.. n akk suke.. tq naz berkongsi rspi

    ReplyDelete
  6. banyak campuran tepung tu kaknaz..mesti lembut cam apam...saya ni tah bila nak buat kek..duk tengok org duk tayang je...hehehhe

    ReplyDelete
  7. Assalam nazrah belum habis mentalaah baca kek pelangi kek pinky dah keluar ..hehe..
    sedap2 nampaknya kek ni semua..

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...