February 5, 2011

SARAPAN PAGI CNY...

  
Sekali sekala kena tukar selera untuk sarapan pagi. Semalam Akak dan Mr S bersarapan di Restoran Pappa Rich yang terletak di Jalan Ipoh... tokey restoran tu pun tak cuti raya .. kita tanya jawabnya nanti tengahari pasti penuh ngan pelanggan sebab semua akan makan luar..wah wah... Kita pun order yang ringkas ringkas .... Bubur ikan bilis, tau foo fah, roti bakar dengan otak otak udang dan dim sum kukus..

SEGMEN SELINGAN.. suka suka tangkap gambar buat rujukan sendiri..
 



Mana la tau..ada yg tak tau ni buah aper..ni buah limau kasturi yang ada di halaman rumah bapa saya...

February 4, 2011

KEK KUKUS CHEESE FRUIT

Masih di petang Tahun Baru Cina..merajinkan diri walaupun bibik dan anak anak tiada di rumah..Akak buat Kek Kukus Cheese Fruit. Rasa kek ni memang sedap sebab tak terlalu manis dan sesuai untuk bapa saya..


Kek ni dah buat kali ke dua. Jadi kalau ada yang nak resepi sila KLIK sini. Tapi kalau ada yang nak rasa buah yang lebih, boleh lah tambah banyak sedikit buah buahan tu..(permintaan bapa saya..next time yer abah)
 

Segmen rehat kan minda..

Sebenarnya Akak baru jer beli lense Makro yg baru..jadi gambar di bawah ni adalah semata mata untuk mencuci mata sambil memahirkan diri...


Antara bunga yang terdapat di Taman Bapa saya..

TALAM NANGKA

Selamat Tahun Baru Cina... kuih Talam Nangka ni akak buat untuk dibawa pulang ke Kg untuk makan makan bersama keluarga. Nangka ni memang dari kampung..dah beberapa hari dalam petiais tak der sapa pun nak makan..

Resepi ni akak follow dari rumah Yatie yang terkenal ngan kuih talam yang sedap dan menarik tu..Klik sini.. jadi izikan akak salin resepi nya untuk kawan kawan akak yang lain ya..tkasih..

Bahan-Bahan
Lapisan bawah
  • 1 cawan nangka- di cincang (Akak lebihkan sebab ada banyak)
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara menyediakan lapisan bawah.
  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tepng beras, tepng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas -
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.


Sambil tu ada selingan buat anda semua..apa yang ada di kebun orang tua saya..hehehe..

Cili Padi

APAM SALJU

Sebenarnya dah lama Akak teringin nak buat apam Salju yang dibuat dari nasi ni..tapi asyik tak sempat..ramai gak kawan2 lain dah tayang..kira kita ni tertinggal keretapi gak la..tapi entah macamana semalam petang balik dari pejabat dan terus ke dapur (mengemas sebab anak anak dan bibik tiada)..Laa..ada pulak baki nasi dalam rice cooker..esok kalau tak dikerjakan pasti basi..



 Apa lagi Akak pun terpaksa mengagahkan diri walaupun kepenatan buat la apam salju ni. Resepi ni Akak dapat dari rumah Yatie.


Tapi tengoklah..macam nak jadi tanah runtuh..retak menanti belah..huh huh...tapi rasanya memang sedap gila..tak de kelapa tengah malam Akak guna jer kelapa kering hehehe.
Pada Yatie (Sinar Kehidupan)..Izinkan akak copy resepi nya yer....

Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
** boleh di letak sedikit warna pilihan.

February 2, 2011

BASIL..THAILAND

Salam..semalam Akak makan tengahari di salah satu restoran favourite kami..Restoran Basil di Bangsar Village. Restoran ini 100% menghidangkan makanan ala ala Thailand gitu..

 Pilihan makanan memang banyak..harga juga berpatutan . Ruang makan memang selesa.. 


Antara menu yang Akak dan MR S order.

Kalau nak tau ini dinamakan Mieng Kam..(maaf kalau ejaan salah)..makan dengan daun kaduk, sos, kacang, udang kering, halia, limau nipis, kelapa kering..sedap sesangat..my favourite....

BINGKA UBI CHEESE (II)

Jumpa lagi..N3 kali ini belum habis lagi dengan Bingka. Banyak sungguh ubi kat rumah ni yg di bawa dari rumah ibu kelmarin.. jadi semalam akak pun mengarahkan assistant dapur (bibik la) untuk memarut ubi.

Oleh kerana permintaan dan pujian dari kawan2 hari tu..akak pun buat lagi bingka ubi Cheese untuk kali kedua..
  
Macam biasa..resepi ni akak nampak sungguh menggoda di rumah Roz
Izinkan Akak C&P ya..


BINGKA UBIKAYU CHEESE
By: Roz@HomeKreation
Sumber: Sahabat Norj
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
250g Cream Cheese
250g Gular
2 biji Telur
800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
Pewarna kuning

CARA2:
1.Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
Masukkan elur satu persatu sambil dipukul rata.
Masukkan ubikayu & santan.

2. Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.

Memang tak boleh disangkal, resepi ni memang mudah dan sungguh enak menggoda jiwa..hehehehe..dan Akak tak jemu jemu makan. Tak rugi untuk menyimpan resepi ini untuk anak cucu kita kelak...kuih tradisional Melayu terakhir gitu..

February 1, 2011

ASIARI ...SACC MALL

Salam..hari ini cuti Hari Wilayah . Tengahari ni makan di Restoran Asiari di SACC Mall bersama adik dan ibu. Terletak di dalam SACC Mall, restoran ini menghidangkan makanan Asia terutama makanan Vietnam.


Macam biasa..arnab ni adalah deco di ruang legar SACC Mall
 




Gambar kami sekeluarga yang menikmati makanan....


KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...