Assalamualaikum....
Dah lama rasanya kuih ni bermain dalam blog dan fb...
Kali ini berkesempatan mencuba resepi dari blog Kak Ita... rasanya yang manis kemasinan sungguh sesuai untuk dijadikan minum petang...
Ala2 lompang gitu.... kita layan dulu yer....
NONA
MANIS
Resepi asal milik : Warisan Mama
Rujukan : Hesti's
Dari Blok Kak Ita : Masam Manis
Resepi yang ita kongsikan ini ita buat 1/2 adunan sahaja. Ita juga ada olah
beberapa bahagian sesuai citarasa ita. 1/2 bahagian ini dapat anggaran 25 ketul
jika guna acuan lompang yang kecil.
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga
kembang.
Ita
masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam
bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan
atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila
dah siap ketepikan
Bahan B
1/2
cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2
cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air.
Kemudian tapis
1/4
cawan gula halus
1/4
cawan tepung jagung
secubit
garam
sedikit
pewarna hijau apple
sedikit
emalco pandan (optional)
Ambil 5 helai
daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air.
Kemudian tapis
Satukan
air pandan dan santan
Kemudan
campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional )
dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau
sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian
masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat
*
Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau
rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan
dahulu sementara kita sediakan adunan Putih
Bahan C
1
cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk
dapatkan 1 cawan
1 sudu
besar tepung gandum
1 sudu
besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2
sudu teh garam
Satukan semua bahan
C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu
dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung
bag plastik )
Sementara
itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut
tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan
acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan
adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian
paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh
cawan lompang
Susun
dalam kukusan
Kukus
selama 7 ~ 10 minit
Angkat
dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia
di hidangkan untuk minum petang anda.