July 28, 2013

BUBUR CHA CHA




Assalamualaikum...

Hari raya semakin hampir ... pagi tadi saya ke Sogo ..hmmm...ramai sangat sangat orang nya...jalan jem plak tu..nasib baik naik scoter...kalau naik kereta ..mana nak parking lagi....anak anak lagi... nak berjalan pun berlaga punggung dan bahu.... perghhhh....  Sempat lah membeli belah sikit untuk anak dara...




Balik2 terus buat bubur Cha Cha ni sebab kebetulan adik kata nak datang berbuka...

Nak bagi resepi rasanya terlalu simple..cuma saya campurkan keledek kuning dan keledek purple serta keladi. Sedikit sagu dan sesedap rasa manisnya.

Kita layan gambar la yer... mesti ada yang pandai buat dari saya..

Selamat berbuka.....






July 25, 2013

PERTAMA KALI SAYA BERPUASA .........

Assalamualaikum.....

Puasa 2013 ini adalah puasa saya yang pertama .....

bukannya pertama kali berpuasa seperti yang anda semua ingat... heheheh

Pertama kali berpuasa bersama HERBALIFE...



Alhamdulillah... sejak saya mengamalkan pengambilan Herbalife di bulan Ramadhan ini... pola pemakanan saya berubah. Tidak lagi makan dengan banyak... minum air pun bertambah2 banyak... dan yang penting sepanjang berpuasa saya merasakan kelainan seperti mempunyai tenaga tambahan. 



Memang sebelum tahun2 terdahulu... terasa amat sangat perbezaannya...

Saya adalah "hantu" nescafe sejak dulu..setiap hari mesti secawan nescafe atau teh tarik....tapi sehingga kini rasa keinginan minum minuman manis itu tidak ada lagi ...dan hari hari saya membawa bersama saya sebotol Teamix herbalife seperti ini...



Bukan saya sahaja ..anak saya juga mengamalkan minum teamix ini semasa berbuka....alhamdulillah boleh menghabiskan 1 liter hingga 2 liter air teamix selepas berbuka...

Dan yang penting sekali...saya bukan sahaja pengguna Herbalife tetapi saya kini telah pun menjadi pengedar produk Herbalife... Anda ingin mencuba... mengubah cara pemakanan bersama Herbalife..??? Hubungi saya 012-7126461



Insyallah.... saya dan adik akan maju lagi bersama Herbalife..

Nantikan berita dan cerita pembukaan Kelab Kesihatan saya di Jalan Klang Lama...

Selamat berpuasa ..... 

July 22, 2013

BERBUKA BERSAMA STAFF




Assalamualaikum...

Semalam Ahad (21hb Julai 2013) saya mengadakan  makan makan berbuka puasa bersama beberapa orang kakitangan saya di Restoran Syed Jalan Doraisamy Kuala Lumpur.





Nasi beriayani di Syed Restaurant ini memang sedap.. saya memang setiap tahun di bulan Ramadhan mesti berbuka disini...  pada saya lebih sedap dari Mahbub atau pun Insaf punya.... dan yang penting ada sup Doraisamy yang popular



Memang menjadi kebiasaan saya setiap tahun menganjurkan majlis berbuka puasa bersama seluruh kakitangan dan keluarga Naz's Services.



Buat yang hadir semua saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat anda semua bersama saya dari susah mahupun senang. Moga kita akan terus cemerlang. Duit raya belum lagi yer.... tunggu habis bulan Ramadhan...



Selesai berbuka...kami ronda ronda cuci mata di Masjid India.. hmmm... masih belum sesak sepenuhnya dan masih lagi boleh memilih dengan selesa... kalau minggu terakhir nanti tak tahu lah pulak camner...



Anda semua dah shopping raya ker.....??

Jom kita layan gambar yang tak seberapa ini... selamat bershoping yer...



Auwww.... Wachaaa....

AGAR AGAR SANTAN



Assalamualaikum...

Hari ini apabila balik dari Pejabat... pembantu saya bagitau saya telah melanggar sehingga mati anak kucing kesayangan anak2 yang di panggil Ming Ming... mungkin pagi2 anak kucing ini tidur di bawah kereta dan pagi tadi dah sampai ajalnya .. 

Kesian anak2 yang belum  balik dari Sekolah lagi ni..kejap lagi terpanggil panggil la dia si Ming Ming ni...

Kita tinggalkan sekejap kisah kucing... ni akak nak tunjuk ler pencuci mulut yang terlalu luar biasa sehingga kadang kala dah tak der orang buat..hehehhehe.....

Agar agar Santan.... Kita layan je la resepi ya.... 

AGAR AGAR SANTAN

Bahan -bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 3/4 cawan gula putih
  • 900 ml air
  • 120ml air ( sy guna 100ml santan kotak + 20 ml air)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan


Caranya:
  • Masak air dengan gula dan daun pandan
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.


July 21, 2013

BUKA PUASA DAN DOA SELAMAT RUMAH BARU




Assalamualaikum....

Semalam 20 Julai 2013 Adik Lelaki saya mengadakan majlis berbuka puasa dan doa selamat memasuki rumah baru mereka di Kampung Bandar, Jugra Banting...





Meriah juga majlis ini kerana adik saya menjemput pelajar pelajar Tahfiz dari kelang untuk sama sama berbuka dan solat terawih di rumah beliau.



Jadi kita layan sedikit gambar gambar yang saya ambil... tak sempat nak ambil gambar banyak2 sebab sibuk menolong di dapur....



Apapun tahniah buat adik yang bakal menduduki rumah baru....



July 20, 2013

MUFFIN COKLAT





Assalamualaikum... selamat berpuasa... walaupun agak terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa ... 

Ini adalah update saya yang pertama sejak kita berpuasa ... sering juga melihat teman teman lain sering keluar dengan menu2 berbeza setiap hari tapi saya agak malas sejak semenjak dua ni... makin tua kot...

Hari ini Sabtu.. oleh kerana tidak bekerja lepas sahur saja saya terus mengodek dapur buat muffin coklat . Terima kasih buat empunya resepi...





Muffin ni nak bawa ke rumah adik lelaki yang akan mengadakan majlis berbuka puasa dan doa selamat sempena masuk ke rumah baru petang nanti...


MUFFIN COKLAT
sumber: mak Lang &  kak Ummi dan Izah

Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.





KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...