Total Pageviews

April 6, 2013

PUDING JAGUNG





Assalamualaikum....

Pagi Sabtu ni...kebetulan tak kemana mana , saya buat puding jagung yang lama sungguh tak berada di ruangan dapur saya. Bila lama dah bercuti jadi malas sangat2... sebelum kemalasan lagi teruk melanda saya mulakan dengan yang ringan ringan dulu...

Apapun ianya amat mudah dan sedap apatah lagi kalau untuk di buat jamuan. 

Kita semak resepi nya....

PUDING JAGUNG
Resepi: F&N@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( sefamily )

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.>hasue tambah satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.




1 comment:

  1. Salam...
    Cantek kejadiannya puding jagung itew...makan time cuaca panas2....segarrr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...