Masih lagi nak menghabiskan saki baki ubi kayu...ari tu yang kita buat versi malas .. nak tengok di SINI... tapi ari ni kita terajin lebih sudah...bukan apa kebetulan nak buat kuih tu..datang pula ibu kita dari kampung...
Sambil sambil tu demo ler kat mak... mak kita kata sedap...lebih sedap dari lopes biasa...heheh :) suka kita.... mak siap ambil resepi lagi....
Terima kasih wat penyumbang resepi....kita salin kembali...layan ye gambar gambar yang tak seberapa ni.....
LOPES SAGU UBI KAYU
(by Puan Yon Abu Bakar)
Bahan A :
900 gm ubikayu
60 gm gula pasir
3 sudu besar tepung ubi
600 ml santan pekat
100 gm sagu biji
pewarna merah, kuning, hijau/warna pilihan
Bahan B : (sirap gula melaka)
250 gm gula melaka
300 ml air
70 gm gula pasir
2 helai daun pandan
1 biji kelapa parut (putih saja)
digaul dengan sedikit garam
Caranya :
❀ Buang kulit ubi dan parut. Kemudian perah airnya dan ketepikan.
❀ Masak air secukupnya di dalam periuk hingga mendidih.
❀ Rendam sagu sebentar dan toskan. Masukkan ke dalam air mendidih tadi, kacau hingga masak. Angkat dan tapis sagu dan siram air sejuk supaya tidak melekat.
❀ Satukan bahan A dan digaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian.
❀ Kukus setiap bahagian warna sehingga menjadi tiga lapisan selama 20 minit dengan api yang kuat.
❀ Apabila sejuk, dipotong dan digaul kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
❀ Untuk menyediakan sirap gula melaka, satukan bahan B dan masak sehingga gula larut.