Total Pageviews

July 5, 2014

CHOC CHIP COOKIES




Assalamualaikum..

Puasa ke 7... baru lah kita rajin membuat satu jenis biskut..tapi rasanya belum raya lagi dah habis di meja makan... 

Saja saja mencuba resepi baru dapat dari Cheff Nazz..alhamdulillah senang dan amat mudah... kita tengok resepinya...


CHOC CHIP COOKIES

Bahan2nya

250 gm butter
250 gm gula perang + gula putih
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
375 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
250 gm choc chip (1 cawan)
250 gm badam cincang ( dibakar) atau kekacang lain
2 sudu besar coco powder

Cara2nya

Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati. Masukkan kesemua bahan yang lain. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan dan gunakan sudu untuk meletakkan adunan ke dalam loyang

Bakar pada suhu 170 c sehingga keperangan.



1 comment:

  1. awalnyer percubaan biskut raya dia.. dh habis ke tu kak naz? sure dua org anak dara tu duk mkn mlm2 kan.. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...