Assalamualaikum....
Kali ni saya mencuba resepi biskut dari buku yang mana resepi di tulis oleh Zubaidah Bt Chepa... dalam buku ni semuanya simple2 dan menarik..
Hanya untuk memenuhi meja makan ketika tetamu datang ke rumah..tapi versi malas nak mendeko..hehehhe ...togel jer... apa pun kita layan je ye resepi dan gambar2 ini... tak sama macam buku tau ..
BISKUT GREEN CRYSTAL
Bahan2
140 gm mentega
100 gm gula castor
1 biji kuning telur
50 gm badam kisar
200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
1/2 tsp serbuk penaik
1/4 tsp pewarna hijau epal
Cara2
1. Sebatikan mentega, telur dan gula
2. Masukkan bahan2 lain dan uli sebati. Sekiranya agak lembik tambah sedikit tepung seingga boleh di canai.
3. Canai dan terap . Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan hiasan
4. Panaskan ketukar Bakar pada suhu 140 C selama 20 - 30 minit