Assalamualaikum.....
Wah...dah lama sungguh saya cuti dari berblog. Semenjak abg kita jatuh sakit (koma beberapa hari selepas bermain badminton) dan mendapatkan rawatan di IJN mood untuk memasak dan mengupdate terus merundum.... Tapi sekarang alhamdulillah... beliau dah semakin pulih dan diberi kesempatan untuk bernafas dan menjalani hidup ... Amin .
Setiap hari saya BW juga ke rumah kawan kawan... terliur tengok resepi resepi menarik... insyallah sehari dua ni boleh lah saya mula kembali ligat di dapur..
Dan buat permulaan..saya buat bingka labu... Terima kasih buat empunya resepi... maaf..gambar pun ikut tak bermood..hehhehehe
bahan bahan
5 biji telor
500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
200g tepung gandum,
180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler)
1/2 c/t garam,
1 c/t esen vanilla,
450g labu manis, Kukus dan lecek hingga lumat.
cara2
Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
Semua bahan2 diatas kecuali labu di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu,kacau hingga rata.
Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).
assalammualaikum kak...patut la senyap je kak nazrah...moga abang akak cepat sihat...:)
ReplyDeleteAlamak bagai dijanji-jani pula kita..ya..bingka labu....mana menghilang sepi aje????
ReplyDeleteas-salam Nazrah
ReplyDeletewahh kat sini ada bingka labu..npk cantik dan sedap bingka labu yg Nazrah buat tu...
assalamualaikum kak naz, lama tak nampak. semoga abang dah sembuh sepenuhnya.
ReplyDeleteSalam Kak Naz..Saya baru je berkira-kira nak buat apa ngan sebiji labu yang duk tergolek2 kat rumah tu, bila tengok resipi ni terasa pula nak mencubanya....
ReplyDeletesalam maulidurrasul. Semuga abang tu segera sembuh sepenuhnya.
ReplyDeleteAssalam kak Naz, sedapnya tgk kuih bingka ni kak.Salam Maulidur Rasul buat akak sekeluarga...:)
ReplyDelete