December 26, 2013

SELAMAT TINGGAL CERMIN MATA






Assalamualaikum...

Saya kini bebas dari cermin mata kerana telah melakukan Lasik.

Pernah dengar Blended Visoion Lasik tak... 


Untuk mereka yg ingin bebas dari kacamata kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yg sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak boleh di rawat kerana lasik hanya mengganti kaca mata tetapi tidak memulihkan potensi mata. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat boleh buat lasik

Ini hanya utk mereka yg rabun jauh, rabun silau atau astigmatism atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.

Wanita mengandung dan menyusu sebelum umur anak 6 bulan tidak sesuai. Jika power kurang dari 800 boleh terus dtg buat full assessment 1 hari atau 2 hari sebelum prosidur lasik.

Saya telah menjalani rawatan tersebut di Prince Court Kuala Lumpur dan di lakukan oleh Prof Dr Muhaya... apa yang  menarik...procedur dia hanya mengambil masa tidak lebih dari 15 min dan tidak sedikit pun rasa sakit .. 

Nak tengok video ini..sila klik...






Saya sebelum melakukan proses Lasik..masih berkaca mata.... hehehhehe



Sebelum masuk OT



Tidak sampai 15 minit..saya sudah bebas cermin mata... 

Insyallah lepas ini saya boleh bawa motor tanpa ragu ragu...hehehehhehehe

Terima kasih Prof Dr Muhaya

November 13, 2013

MIENG KAM

Assalamualaikum...

Pernah tak mencuba Mieng Kam... 





Ianya terdapat di Thailand.. dan boleh dianggap sebagai makanan ringan sebab hanya terdiri dari kekacang, halia, limau, udang kering dan di bungkus dengan daun kaduk...

Kalau nak mencuba makan Mieng Kam di Kuala Lumpur...anda boleh dapatkan nya di Restoran Basil , Tingkat 1 , Bangsar Village dengan harga yang agak berpatutan . Restoran ini juga menghidangkan pelbagai masakan negara Thailand.




Moh la kita layan Mieng Kam.... sedap gak kunyah kunyah benda ni...heheheh


November 10, 2013

WEDDING SEPUPU

Assalamualaikum.....

Ahad...10 Nov 2013



Agak lama tak update blog... dan agak lama juga saya tak ke dapur... memang sejak dua menjak di mood untuk membaking atau berada di dapur hancus sama sekali.... 



Hari ini nak abadikan kenangan saya di majlis perkahwinan sepupu yang berlangsung di Kampung Matang Pagar Sg Buloh... anak kepada pakcik Ismail ku...

Tahniah buat Rasida dan Yusuf....  






Hanya sewaktu begini lah keluarga dapat berkumpul.... Insyallah lebih mengeratkan silaturahim....

Kita layan je gambar gambar ya....








Comelkan....macam comel..macam cute....hehehehhe....macam2 ada...





September 3, 2013

MEE GORENG SAJA.....



ASSALAMUALAIKUM....

Kita dah hampir ke penghujung bulan Syawal... tentu hujung minggu ni ramai yang buat kenduri open house dan kenduri kawin terutamanya....

Saya juga mempunyai jemputan open house dan majlis perkahwinan sepupu saya Wana di Meru Selangor...

Hari ini hujan dari tengahari sampai lewat petang.. kita nak nak keluar pun tak boleh... anak anak pulak balik sekolah kelaparan...

Petang ni saya goreng kan mee yang masih berbaki dalam petias .. tapi tanpa sayur sayuran kerana anak2 tak suka sayur dalam mee .. hanya letak telur dan fishball...



Layan mee goreng ngan kopi o ... fuhhhh....mengasyikkan... (Puji masakan sendiri la tu..)

Apapun kita layan je la gambar mee yang tak seberapa nya ini..macam mi kicap jer kan..kah kah...

August 21, 2013

POPIA SIMPUL GORENG




Assalamualaikum....

Saya jarang membeli popia simpul goreng sebab jarang sangat jumpa yang sedap . Ada plak bila beli abis semua hancur. Ada plak yang tang isi simpul dia tu keras ..nak gigit pun susah.




Tapi la ni saya nak promosikan popia simpul goreng kepunyaan sahabat saya Along  Jasni. Pertama kali saya order untuk hari raya tahun ini...dan saya dapati sangat sangat sedap dan amat rangup.. Saya ambil beberapa keping gambar beliau dari FBnya (minta izin ya along) semasa proses membuat popia simpul ini)



Harga nya RM18.00 untuk setengah kilo. Kalau sekitar Kuala Lumpur any time kalau nak order dia boleh buat..tak payah tunggu hari raya pun boleh sebab nya dia memang suka bebeno memasak.

Inti popia simpul dia pun sedap.. saya kalau duduk depan tv takut nak ambil sebalang sebab nanti silap silap habis mengunyah tanpa sedar..



Apapun sapa2 nak order boleh terus hubungi beliau di 016 2648048 (Along).. insyallah anda akan dapat merasa popia simpul yang sedap sambil membantu teman yang berniaga kecil kecilan.




August 19, 2013

KEK MARBLE





Salam Ramadhan ke 12 ....

Cuaca dari tengahari hingga petang hujan di Kuala Lumpur. Nak kemana mana pun tak boleh...

Tinjau tinjau rumah Kak Yah dua tiga hari lepas terpandang Kek Marble yang sungguh cantik.. saya pun dah lama tak membuat kek ...Kek ni makan time panas2 dan hujan memang sungguh sedap dan rasa yang klasik..sebab dulu dulu mak kita memang buat main sukat pakai cawan jer... 

Terima kasih buat empunya resepi...



KEK MARBLE 
Sumber : Dapur Kak Yah

Bahannya
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar susu tepung.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
Pewarna merah dan hijau

Caranya
Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama baking powder
Pukul gula dengan margerin hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila, 
Masukkan tepung .  Putar dengan kelajuan sederhana..
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, Tambahan sedikit pewarna mengikut kesukaan dan satu bahagian biarkan kosong.  Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah. 

August 12, 2013

SPAGETTI RAYA


Masih dalam mood berhari raya...

Raya ke 4 dan ke 5 ..rumah saya dikunjungi Makcik-makcik, sepupu, adik dan anak anak saudara.

Bila berkumpul begini .... terasa kemeriahan berhari raya walau pun rumah saya terletak di bandar...




Kerana kekangan waktu kerana saya telah mula bekerja..saya hanya sempat menyediakan Spagetti Raya yang amat amat ringkas sesuai dengan bahan bahan yang ada di dapur..



Saya ni kalau masak sendiri tanpa merujuk kepada mana2 resepi.. main campak2 jer..jadi saya tak reti nak bagi resepi..kerana takut resepi saya tak sesuai untuk tekak orang lain... Apapun alhamdulillah anak anak saudara semuanya suka...tidak membazirkan... apatalah lagi makan spagetti bersama serunding ayam....walla...menarik... cubalah..



Tahun ini memang saya tidak membuat biskut raya..jadi apa yang ada dalam balang ni semuanya main tunjuk tunjuk sahaja...hehehhehehe




Selamat Hari Raya... ( jom main bunga api plak..esok esok)



KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...