Assalamualaikum...
Kita mencari2 resepi Apam Labu kerana dulu pernah buat tapi macam berat saja... nampak di rumah Madiha..
hasilnya sangat memuaskan hati... lembut , manis dan sesuai dengan citarasa kita.
Terima kasih empunya resepi...
Kita salin disini untuk dibuat rujukan.....
Apam Labu Manis
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek & Apam Jagung Pandan
Bahan A
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam
Bahan B
200 gm labu yang siap dikopek ~ kukus/rebus hingga empuk
160 ml air / santan sederhana pekat
150 gm gula kastor
1 biji telur A/B
Bahan C
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)
1 sudu teh double action baking powder (DABP)
Bahan D
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap)
Sedikit garam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek & Apam Jagung Pandan
Bahan A
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam
Bahan B
200 gm labu yang siap dikopek ~ kukus/rebus hingga empuk
160 ml air / santan sederhana pekat
150 gm gula kastor
1 biji telur A/B
Bahan C
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)
1 sudu teh double action baking powder (DABP)
Bahan D
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap)
Sedikit garam
Cara menyediakannya
1. Gaul sebati bahan A & perapkan
selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.
2. Lecek labu kukus sehingga halus.
Masukkan air/santan, gula kastor dan telur. Gaul sebati.
3. Masukkan bahan A yang diperap lalu
kacau sebati. Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP
& gaul sebati. Rehatkan selama 1 jam.
4. Setengah jam selepas perap,
bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik.
Atau boleh juga aturkan paperliner ke dalam acuan apam. Panaskan air
dalam periuk kukusan.
5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan
apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam hingga hampir penuh. Atau boleh juga
masukkan dalam piping beg besar & picitkan apam ke dalam acuan2 kecil
tersebut. Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam
yang kecil. Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit
(anggaran je ye). Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak
menitik atas apam.
(Anggaran akak buat dapat dalam 20-25 biji)