Total Pageviews

February 9, 2014

KASTARD JAGUNG

Assalamualaikum...







Lamanya saya tak update blog masakan saya.... walau pun kadangkala rindu untuk memasak... kekangan waktu penyebab utama.

Kastard Jagung yang saya buat ni untuk di bawa ke Potluck ahli ahli kumpulan Motosikal saya (LBM) yang diadakan semalam di Subang Jaya. 

Sangat sedap akan kastard jagung ini dan terima kasih kepada empunya resepi... 


KASTARD JAGUNG
Sumber : Cik Manggis
Bahan-bahannya:


1 cawan tepung kastad.
1 cawan gula pasir ( kalau nak manis kurangkan sedikit gula)
1 cawan santan kotak+air jadikan 4  cawan.
secubit garam.
1 cawan jagung dalam tin(jagung cream)



Cara-caranya:)
  • Masukkan 4  cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur.
  • Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya  tidak berketul-ketul.
  • Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan  hingga adunan berkilat dan likat.(hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus)
  • Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...