June 19, 2015

PUDING ROTI KARAMEL




Assalamualaikum...

Selamat menyambut kedatatangan bulan Ramadhan tahun 2015 ...

Hari ini hari kedua umat Islam berpuasa... dan baru kali ini saya mempunyai kesempatan untuk mengupdate blog saya yang lama telah di tinggalkan...

Hari ini saya buat Pusing Roti Karamel hasil resepi sumbangan dari Tun Telani  Terima kasih Tun kerana memberikan banyak resepi resepi mudah untuk sepanjang bulan Ramadhan ini.

Target... satu hari satu kuih untuk berbuka puasa ..hehhehe..boleh ke idaknya...


PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, K.Nor
sumber: tun telani

Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je ** tun masukkan semua dlm blender dan blend sekali harung.

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...