February 10, 2014

SAMBAL BELACAN FAUZIAH LATIFF

Perghhh.....




Nama sambal belacan pun glamer kan.... tapi bukan sekadar nama saja...

Memang sambal belacan yang saya pemerkan ini adalah hasil air tangan Fauziah Latiff sendiri sempena majlis makan makan bersama teman teman saya tempohari....




Memang tak di nafikan...memang sedap sungguh sambal ini ... kalau makan dengan roti atau makan dengan nasi panas panas pun dah cukup sedap...

tapi Gee tak bagi resepi lagi lar...heheheh...kita lupa nak mintak resepi..insyallah kalau ada kelapangan saya minta sebab memang superb seperti wajah penyanyi itu sendiri...

Bukan saja ada Gee.. tapi Serena Dato Wan juga ada datang ke majlis tersebut...



Kita layan dululah gambar sambal belacan nya itu.......




February 9, 2014

KASTARD JAGUNG

Assalamualaikum...







Lamanya saya tak update blog masakan saya.... walau pun kadangkala rindu untuk memasak... kekangan waktu penyebab utama.

Kastard Jagung yang saya buat ni untuk di bawa ke Potluck ahli ahli kumpulan Motosikal saya (LBM) yang diadakan semalam di Subang Jaya. 

Sangat sedap akan kastard jagung ini dan terima kasih kepada empunya resepi... 


KASTARD JAGUNG
Sumber : Cik Manggis
Bahan-bahannya:


1 cawan tepung kastad.
1 cawan gula pasir ( kalau nak manis kurangkan sedikit gula)
1 cawan santan kotak+air jadikan 4  cawan.
secubit garam.
1 cawan jagung dalam tin(jagung cream)



Cara-caranya:)
  • Masukkan 4  cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur.
  • Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya  tidak berketul-ketul.
  • Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan  hingga adunan berkilat dan likat.(hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus)
  • Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong:)

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...