Total Pageviews

May 26, 2013

HARI MENGUNDI







Assalamualaikum ....

Hari ni saya dok upload beberapa gambar dan ternampak gambar masa hari mengundi 5 Mei 2013 yang belum lagi saya upload...

Apasalahnya saya jadikan ianya satu memori kepada saya... dan walaupun agak terlewat untuk di jadikan modal cerita ...hehehehe....




Kali ni saya menemankan seorang teman saya Intan Nurzalehan yang baru pertama kali mengundi di Salak Tinggi dan kemudian ke kawasan saya pula  di Kuala Langat. Sungguh teruja kawan saya untuk mengundi dan awal pagi kami telah pun sampai ke pusat undian itu.





Apa pun alhamdulillah..semuanya telah selamat dan kami telah pun menjalankan tanggungjawab kami sebagai seorang rakyat Malaysia...
Undi ???  adalah Rahsia kami ....




Malaysia Boleh !!!!! 

Kita tunggu lima tahun lagi..insyallah....

May 15, 2013

IKAN BAKAR WAK MIOR

Assalamualaikum semua...


Sahabat saya Wak Mior dan Yan telah membuka perniagaan  Ikan Bakar yang terletak di Jalan Paip , Pekan Meru Kelang.


 Asam Pedas pun ada....


Sarapan pagi.... macam macam ada...


Sarapan pagi juga tidak kurang ramainya orang di gerai ini kerana semua jenis sarapan pagi seperti lontong, roti canai, nasi lemak, kuih muih yang semurah 3 keping RM1.00. Ikan bakar pun ada waktu pagi tapi hanya untuk hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum..



Sup Tulang..


Nasi lemak

Sebagai sokongan saya telah pun beberapa kali ke gerai beliau . Selain ikan bakar dan kerang bakar... terdapat juga berbagai masakan panas. Pada saya tak payah pergi jauh jauh ke Pelabuhan Kelang atau ke Jeram... memadai di sini saja kerana bukan sahaja sedap malah harganya amat berpatutan ( murah juga lah .. )






Semoga perniagaan Wak Mior dan Yan akan bertambah maju ..amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...