March 5, 2013

ASSALAMUALAIKUM ... LAMANYA TAK JUMPA

Assalamualaikum....



Lebih dari 6 bulan saya tidak mengupdate blog saya ini.. dan selama itu lah saya juga tidak ke dapur sehinggakan segala tepung dan bahan bahan lain telah luput tarikh tamatnya...

Nak tahu kenapa...  

Sebab pertama...  Komputer kat rumah ni meragam dan rosak.. nak menghantar repair dari sehari ke sehari sehingga lah terpaksa saya beli yang baru 2 hari yang lepas.. yang lama terus tak boleh pakai. Selamat tinggal yang lama..heheheh


Set Komputer baru

Sebab Kedua.... terlalu sibuk dengan aktiviti permotoran saya... menyebabkan mood untuk kedapur tu terus berkurang .. rindu dengan kawan kawan blog.. hanya sambil sambil membaca bila ada kesempatan di dalam kereta.


Jalan Jalan Sahaja setiap minggu

Sebab Ketiga ... Kamera Olympus kita plak rosak... jadi mood nak ambil gambar tu tak der... macam macam alasan kan.. sehinggakan saya terpaksa membeli kamera yang baru....




Sebab Yang paling Penting... Ayahanda saya jatuh sakit dan di rawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selama hampir 2 1/2 bulan... menyebabkan sepanjang cuti sekolah hingga ke awal tahun ni saya tidak kemana mana bersama keluarga kerana adik adik berada di rumah saya dan saya terpaksa berulang alik menjaga keperluan ayah dan keluarga di hospital.





Ini waktu beliau mula mula di masukkan ke Hospital...





Ketika ini keadaan beliau agak kritikal dan di masukkan ke ICU selama 3 minggu...




Alhamdulillah... ayahanda telah keluar hospital dan kesihatan yang  sedikit sihat.. harap ianya akan bertambah sihat.... Amin..

Insyallah mood untuk kembali di blog ini telah meningkat ...kita jumpa lagi insyallah...

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...