ASSALAMUALAIKUM....
Kita dah hampir ke penghujung bulan Syawal... tentu hujung minggu ni ramai yang buat kenduri open house dan kenduri kawin terutamanya....
Saya juga mempunyai jemputan open house dan majlis perkahwinan sepupu saya Wana di Meru Selangor...
Hari ini hujan dari tengahari sampai lewat petang.. kita nak nak keluar pun tak boleh... anak anak pulak balik sekolah kelaparan...
Petang ni saya goreng kan mee yang masih berbaki dalam petias .. tapi tanpa sayur sayuran kerana anak2 tak suka sayur dalam mee .. hanya letak telur dan fishball...
Layan mee goreng ngan kopi o ... fuhhhh....mengasyikkan... (Puji masakan sendiri la tu..)
Apapun kita layan je la gambar mee yang tak seberapa nya ini..macam mi kicap jer kan..kah kah...