November 6, 2011

KEK COKLAT KUKUS


Salam Aidil Adha buat semua....

Dah naik bersawang gak rumah kita ni....bukan apa..sejak opis kita kena pindah..kita sibuk sampai ke petang..bila balik rumah mood untuk ke dapur tu tak ada...



Hari ini kita  menyambut Hari Raya Korban... dan pagi ni kita sedang bersiap siap untuk balik ke kampung... sempat buat kek coklat kukus untuk buah tangan di kampung ..kebetulan nak adakan kenduri malam ni...

Resepi kita ikut buku dari chef Zubaida Che Pa..memang tidak pernah menghampakan.... 


KEK COKLAT KUKUS
Sumber : Buku Chef Zubaida

Resepinya :

Bahan-Bahan (A)

100 gm serbuk koko ( saya guna 80gm)
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B



Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja) (saya guna whisk jer)
6. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)

No comments:

Post a Comment

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...