Hari ini akak menghabiskan roti yang nak expired .. tak laku plak roti roti tu lepas lepas raya haji ni... nampak bingka roti kukus pandan versi kak Ummi...
tapi maaf lah .. kita derhakakan sikit tang perasa tu sebab pes pandan dah habis..kita gantikan ngan strawberry... hmmmm....memang sedap..apa jua perasa dah tentu sedap..lembut lagi..kalau makan ngan fruit cocktail lagi sedap....
Terima kasih wat empunya resepi... halalkan yer ...
BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : NotabiliaDicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
- 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
- 200 ml air
- 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
- 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh pes pandan ( yang ni akak ganti pes strawberry)
- 2 helai daun pandan - disimpul
- Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
- Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
- Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
- Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
- Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
- Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)
salam Naz,nampak sedap kueh ni.Warna pun cantik.
ReplyDeleteAs'salm beul lah npk menarik warna..apatah lg rasanyanya..npk basah2 tu nak cubalah....
ReplyDeletewaaah.cekcinya kaler puding ni..nampak sedaplah naz..
ReplyDeleteamboi kak sampai dapur akak sudah tukar jadi bingka roti stroberi pulak..tapi menarik juga yer:)
ReplyDeletehamboiii..rajinnya akak nih mengukus yer...cantik gak kaler pink yer..
ReplyDeleterajinnya kak naz.
ReplyDeleteas-salam naz
ReplyDeletenpk sedap dan cantik warna pudding ni..yummy..
sedap. nak cuba juga..
ReplyDeleteAssallamualaikum kakak ku..
ReplyDeleteMak aii.. berderet2 bingka akak keluar ni. Cantik yg ni. Tak pernah tgk bingka kaler ni.. Eh mestilah kaler ni kan. Sebab kan ni bingka strawberry...