February 15, 2011

ROTI MANIS


Assalamualaikum semua..petang ni Akak banyak masa dirumah kerana kerana melayan si kakak yg demam. Dari semalam panas jer badan nya..harap harap malam ni dah boleh tidor dengan nyenyak....Kalau roti ni memang favourite kat rumah ni tapi yang malasnya kita ler..bila nak meroti jer fikir sepuluh kali sebab kesuntukan masa.



Tapi hari ini akak gagahkan diri untuk membuat roti manis sebab cuaca kat luar pun mendung jer...wat minum petang.

Skodeng dari rumah Ros @ jintanmanis..jadi izinkan akak salin kembali resepi nya ya Ros





Doh Asas Roti Manis

Bahan-bahanya


300gram tepung roti
50gram tepung gandum ( sy campur tepung roti medium)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.
Kalau bab meroti ni akak belum mahir lagi..kadang kala tu jadi keras gak..tapi yang ni tak sempat tunggu esok pagi dah habis di belasah oleh kaum di rumah ni..makna nya roti ni sedap. Kalau ada kismis pasti lagi sedap.

2 comments:

  1. cantiknya roti akak..geramm mas tengok...
    resepi ros ni memang best kan..he..he..

    ReplyDelete
  2. mekasih...roti ni simple jer..senang pun nak buat..nak sikit ker?

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...