December 24, 2010

KEK KUKUS CHEESE FRUIT


Salam semua. Esok kita semua cuti sempena sambutan X'mas. Kebetulan jiran Akak menyambut perayaan tersebut. Dok fikir aper yg patut di berikan sebagai buah tangan, Akak pun mencuba resepi baru dari Buku "Steam Cake" , resepi asal dari Chef Zubaidah Che Pah. Memang sedap rasa cheese dan manis buah..



Akak salinkan resepi untuk teman teman cuba ya :
Bahan2
125 gm Mentega
125 gm cream cheese
185 gm gula castor
3 biji telur gred B
220 gm tepung naik sendiri
200 gm buah buah campuran
- basuh dan rendam dengan2 sudu air selama 1 malam (tapi akak rendam dalam 30 min jer)
1 tsp esen vanilla.
Cara2.

1. Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga lembut shj.
2. Masukkan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan pula tepung dandi gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan 2 sudu besar tepung gandum ke dalam buah yg direndam dan masukkan ke dalam adunan.
5. Acuan (8 x 8)" empat segi. (akak guna aper yg ada)
6.Tuangkan adunan dan kukus selama 1 jam




Tapi sebelum sampai ke rumah sebelah habis separuh dan habis di ngap oleh kaum keramat rumah ni..dan nampaknya esok pagi pagi kena baking lagi..hmmm...


SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (MERRY X'MAS)

No comments:

Post a Comment

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...