July 15, 2014

BISKUT DAHLIA




Assalamualaikum...

Ini adalah biskut kedua kita untuk hari raya ni... Mood masih kelaut... sempena cuti Nuzul Quran dan tak keluar kemana mana....lebih baik buat biskut sikitkan..

Tapi biskut ni rapuh sangat dan memang cair dalam mulut... 


BISKUT DAHLIA

Sumbe dari Kak Jee boleh KLIK sini. 

Rujukan : Nazrah Bakery 


Bahan2nya:
 

250 gm mentega
225 gm tepung jagung
125 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
1 biji telur
150 gm gula icing ( tapi kita kurangkan kepada 120 gm)
1 tsp esen vanilla

sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:



Sebatikan mentega, telur vanila dan gula icing

Masukkan tepung dan uli lembut
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pail nozel di ats dulang di lapik kertas
Hiaskan dengan ceri di atas biskut
Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140 c selama 30 minit atau sampai kekuningan.


### kalau lembik lagi..tambahkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan sedikit tepung ubi..

July 6, 2014

SAMBAL UDANG IFTAR KE 8

IFTAR KE 8





Assalamualaikum.... pagi ni sempat saya ke Jalan Masjid India... ok lagi kalau nak shopping time time gini sebab belum lagi sesak... parking masih senang..tapi biasalah harga masih harga biasa...kalau nak murah sikit mungkin dekat dekat raya nanti...

Dapatlah shoping sehelai dua baju raya anak anak... 




Biasanya lauk untuk berbuka di rumah saya hanya satu atau dua jenis sahaja..kerana anak anak tak biasa makan lauk yang banyak... 

Hari ini saya sempat masak Sambal Udang kegemaran si kakak...

Tapi kita layan gambar sahaja la yer..sebab masak sambal ni biasa biasa saja... main agak agak saja...






July 5, 2014

CHOC CHIP COOKIES




Assalamualaikum..

Puasa ke 7... baru lah kita rajin membuat satu jenis biskut..tapi rasanya belum raya lagi dah habis di meja makan... 

Saja saja mencuba resepi baru dapat dari Cheff Nazz..alhamdulillah senang dan amat mudah... kita tengok resepinya...


CHOC CHIP COOKIES

Bahan2nya

250 gm butter
250 gm gula perang + gula putih
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
375 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
250 gm choc chip (1 cawan)
250 gm badam cincang ( dibakar) atau kekacang lain
2 sudu besar coco powder

Cara2nya

Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati. Masukkan kesemua bahan yang lain. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan dan gunakan sudu untuk meletakkan adunan ke dalam loyang

Bakar pada suhu 170 c sehingga keperangan.



June 11, 2014

CORNFLAKES CRUNCHY

Assalamualaikum...

Percubaan sebelum raya... apa lagi kita suruh anak dara kita buat biskut seperti mana yang telah di pelajari hari tu... di  Nazz Delights.. 

Dan hasilnya adalah ini..sesuai untuk dijadikan cookies raya... tahniah anak ku...




CORNFLAKES CRUNCHY
Resepi : Nazz Delights

Bahan2nya

250 gm mentega
125 gm gula
220 gm tepung
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1/2  sudu esen vanila
400-500gm cornflakes (di ramas)

Cara2nya

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, esen vanila dan kacau rata. Masukkan tepung dan gaul sebati. Gunakan sudu dan gaulkan dengan cornflakes. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 15-20 minit.







KELAS MEMASAK KANAK KANAK

Assalamualaikum....

Sewaktu cuti sekolah selama 2 minggu bulan Mei 2014 ini.. saya berkesempatan menghantar anak dara sunti ke kelas masakan yang yang dianjurkan oleh Nazz Delights.  





Pada pandangan saya, ianya amat bagus bagi mengisi cuti sekolah anak dan memupuk minat di dapur.. dan apa yang saya perolehi resepi yang amat simple dan sedap di makan...

Apapun kita layan gambar2 yang dihadiri oleh anak saya ketika kelas tersebut.

Kelas pertama : DIY PASTAMANIA




Hasilnya....





KELAS KEDUA : COOKIES RAYA



Hasilnya....


Buat Chef Nazz... terima kasih... kerana menjadikan cuti sekolah anak anak bermakna...

Insyallah jika ada peluang, kami akan sertai lagi..

May 24, 2014

PUDING LEMAK CENDOL

Assalamualaikum...

Hari ini anak anak ada kelas tambahan .... dan sebelah petang pula ada jemputan makan makan di rumah Presiden Ladies Bikers Malaysia... jadi ini saja yang sempat saya bawa untuk di jamu di sana...




PUDING LEMAK CENDOL


Bahan-Bahan
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)
  • 2 helai daun pandan
  • 500 gm cendol (tapiskan)
Cara-cara
 
  1. Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
  2. Masak adunan td dgn api sederhana.
  3. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
  4. Masukkan cendol yg ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
  5. Angkat dan tuang di loyang.Biarkan sejuk dalam 2 jam.
  6. Setelah sejuk bolehlah dipotong.


May 20, 2014

KASTAD JAGUNG



Hari Kedua terajin dalam bulan Mei 2014...

Hari ini kita layan plak kastad jagung... tiba tiba teringin nak makan kastad jagung yang sedap dan lemak lemak ni....  bila siap je tak sedar sikit sikit lama lama naik separuh bekas kita baham...mana nak dietnya...huhu...

Apapun kita layan resepinya dan terima kasih yang menyumbang resepi


KASTAD  JAGUNG

Sumber : My Resepi

  Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 tin  jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair + air (jadikan 4 cawan cecair)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...