January 30, 2011

MARBLE BANANA MUFFIN

Selamat berhari minggu..sepanjang hari hujan..dari pagi hingga petang. Hari ini projek menghabiskan pisang lagi..semalam dah buat bingka pisang tapi petang ni akak buat Marble Banana Muffin. Resepi ni akak dapat dari rumah CMG.


Rujukan : Hana  dan Kak Umi
Sumber : CMG 

BAHAN "A" :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/4 cawan gula peerang (boleh guna gula kastor)
1/2 camca teh garam halus

BAHAN "B" :-)
1 biji telur gred "A"
1 cawan susu segar (mat guna susu sejat Ideal + sedikit air)
1/2 cawan mentega cair (boleh guna minyak masak)

BAHAN LAIN :-)
1 cawan pisang, dilecek
1 camca besar coklat paste (mat guna 1/2 camca besar serbuk koko + sedikit nescafe + sedikit air panas, kacau rata)
Coklat chip untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Satukan bahan "A", gaul rata dan ketepikan. Dalam bekas lain, satukan bahan "B" dan kacau rata dengan whisk hingga sebati. Tuang adunan "B" ke dalam "A" dan gaul rata, tapi jangan lama, cukup sekadar rata dan mesra.
  3. Masukkan pisang lecek tadi dan gaul. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi diberi pes coklat, kacau rata.
  4. Tuang berselang seli dalam muffin cup tadi sehingga 3/4 penuh, tabur dengan coklat chip, bakar selama 25 minit atau hingga masak, bergantung pada jenis oven masing2....

Selingan petang...wat swimming pool kat depan rumah..anak2 boleh mandi manda walaupun hujan sepanjag hari...

BINGKA PISANG MASAM MANIS

 Salam hari Ahad..pagi ini mendung saja..nak bangun gi opis tu malas. Tadi malam balik dari Acara Reunion Akak sempat lagi membuat bingka Pisang sebab pisang yg dibekalkan oleh Ibu dah nak busuk... Cadang nak bawa anak anak gi mandi kat KLCC tapi cuaca gelap sesangat...jalan pun mesti jam sebab ada raptai Hari Wilayah dan mungkin shooping mall pun penuh sesak.


Macam biasa ..akak salinkan resepi ni untuk kawan2 semua.. Resepi di sama macam resepi Bingka Sukun tapi akak gantikan saja dengan pisang..hehehe..


450-500 gm Pisang (di lenyek)
4 biji telur
200g tepung gandum
180g gula
300ml santan - (akak guna santan kotak KARA)
150ml air
1sk esen vanila
1sk garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (jika suka)

CARANYA

Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentil.
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
*Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.


January 29, 2011

BINGKA UBI CHEESE

  
Salam hari Sabtu..hari ini Akak ada majlis reunion yang mana nak  jumpa kawan kawan yang lebih dari 23 tahun x jumpa..Perjumpaan diadakan di Flora Cafe yang terletak di Amp Walk Jln Ampang.. jadi akak telah buatkan Bingka Ubi Cheese untuk pencuci mulut buat teman teman...

 Macam biasa..resepi ni akak nampak sungguh menggoda di rumah Roz
Izinkan Akak C&P ya..


BINGKA UBIKAYU CHEESE
By: Roz@HomeKreation
Sumber: Sahabat Norj
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
250g Cream Cheese
250g Gular
2 biji Telur
800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
Pewarna kuning

CARA2:
1.Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
Masukkan elur satu persatu sambil dipukul rata.
Masukkan ubikayu & santan.

2. Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.


Alhamdulillah...kawan kawan semua suka..rasanya memang marvelous...terima kasih atas empunya resepi...

Selamat mencuba ya....

January 28, 2011

NASI AYAM HAINAN

 Hari Jumaat..jalan jem teruk sebab org dah start ambil cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina. Akak hari ini sempat la jalan jalan cari makan di Bukit Bintang..tempat syurga membeli belah ..mak oiii..ramainya org tapi akak tak sempat tangkap gambar sebab MR S asyik ajak jalan cepat cepat sebab dah lapar...huh huh...

 Jadi kami singgah makan di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng yang terkenal di seantero Lembah Kelang..banyak juga cawangan dia..setiap masa asyik penuh jer orang...

 Kemudian..kita orang shopping jap kat Metrojaya Bukit Bintang..tengah sales..tu ha...ada discount lagi.. eheheh



Tu dia...ternampak org jual goreng pisang, sukun, ubi , keledek dan macam macam lagi...fuhhh...penuh satu meja..cucur pun ada...sapa malas tinggal beli jer senang gitu....

BEN ASHAARI BLOG


  1. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari  : 1 - 2 KALI SEHARI
  2. dan jumlah entri anda sehingga kini ..  : 130 (SEMENJAK OCT 2010)
  3. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..Sebab blog Ben Ashaari mempunyai ramai pengikut dan sekurang2 nya boleh menumpang untuk mempromosikan blog saya..
  4. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ? Akan terus memberikan entry entry yang menarik dan bernas untuk blogger...

JOM KE TAIWAN...


Akak dah sampai ke Little Taiwan..restoran tau .. bukan negara Taiwan. Tapi sebenarnya Akak memang dah sampai ke Taiwan tapi dulu la dah lama..masa tu ada pertandingan bowling antara Interstate..fuh..teror tu ..tapi masa tu ler..la ni dah pencen...

Sambil antar anak ke kelas piano..akak landing jap kat Little Taiwan yang terletak di Duta Solaris, Kuala Lumpur. Pilihan semuanya berkisarkan mee, tapi bolehlah untuk tekak melayu macam Akak. Ada pedas pedas gak..dan ada menu terbaru nasi goreng... 

 Apa yang boleh dikongsi adalah gambar gambar ini..maaf lah yer layan gambar jer..
 
Ini si Kakak yang minum Bubble Tea Milk..memang sedap..

January 27, 2011

MUFFIN LABU KUKUS

  
Ish ish..tak boleh nampak org lain buat kita pun tak sabar sabar nak cuba..kebetulan makcik saya dari sg buloh datang bagi separuh buah labu semalam..apa lagi cepat cepat la buat muffin labu kukus yang gebu dan manis manis ni..sebelum jadi kuih terhangat di pasaran nanti.. hehehe.
Semalam nampak Wendy buat, tiba tiba jer si Izah pun menayang kan muffin dia..tak boleh jadi ni..nah ini dia akak punya muffin labu kukus..buat dalam bekas lompang kecil kecil..memang terasa labu nya ..kalau buat kenduri kendara pun sedap sesangat...


Izinkan akak salin resepi yer ..
dari rumah Izah KLIK sini
Steamed Pumpkin Muffins
Source: Wendy
Adapted from Aunty Yochana
Yields12 steamed muffins (I used egg tart pans)

125gm steamed pumpkin flesh
1 egg
120gm sugar
100gm evaporated milk or coconut milk *saya guna santan
30gm corn oil

180gm cake flour *saya guna tepung gandum
20gm rice flour
1.5tsp baking powder

1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.


 

BINGKA SUKUN CHEESE




 Wah..menarik kan..tiba tiba ada Bingka Sukun Cheese. Bukan aper dua hari ini menghabiskan sebiji sukun yang telah masak ranum. Semalam pun dah buat bingka sukun tapi dok belek belek dalam aisbok ada pulak cheese yang nak expired..tu la kejadiannya..tapi masa nak membuat bingka ni..akak terlupa plak nak kuarkan cheese tu dari aisbok..ambil  jalan mudah terus jer blend sekali ngan sukun tu...bila dah jadi macam tu la. rupanya..tak menarik macam kena panau jer isi dia..tapi rasa tetap marvelos...budak budak opis suker sesangatnya..habis di belasah satu loyang kus kus kus.....

Masih menggunakan resepi asal dari  AlongRoz dan Iza Akma cuma akak tambahkan Cheese untuk sedikit kesedapan..


Rujukan  alongRoz
dan

BAHAN
450-500g sukon (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air)
(Buah sukon yg sudah lembik & tak boleh digoreng)
4-5 biji telor-(Ayu gunakan 4 aje)
200g tepung gandum
200g gula
300ml santan - (akak guna santan kotak KARA)
150ml air
1sk esen vanila
1sk garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (jika suka)
200 gm Cream Cheese

CARANYA
Pukul Cream Cheese dan gula hingga sebati.
Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga tepung tidak bergentil.
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
*Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.


 Moga anda semua pun suka ... kalau tak suka abaikan saja cheese tu..hehehe





January 26, 2011

ESCARGOT .. SIPUT KER???

 Tentu anda semua dah pernah makan dan dengar Escargot. Memang ia kegemaran saya kalau makan Western Food lebih lebih lagi di Victoria Station dan The Ship.. Tapi tau makan jer..dari mana datangnya Escargot ni tak tau la pulak..selalunya escargot di masak dengan garlic sos..memang sedap..

 Tengahari ini Akak dan MR S singgah makan di Victoria Station di Damansara.Macam biasa tempat menyajikan makanan Western. Kita layan gambar saya jer...


 Tengok tu..licin kito orang belasah...

 Lepas tu Akak pergi wat periksa mata di Centre For Sight, Taman Sea PJ. Konon konon nak wat Lasik..Pernah dengar tak..tapi appointment kena buat lepas Raya China. Wah lepas ni tak payah pakai cermin mata lagi..hhehehe...


BINGKA SUKUN



Bila hari hari mengadap blog .. jadi mati ayat pulak sebab akak ni bukan pandai sangat nak menyusun ayat . Dulu dulu pun kelas sains, mengarang fail..hehehe.
Tapi tak ada kena mengena ngan dunia masakan akak sendiri. Kali ni akak buat Bingka Sukun (dari rumah Ayu)..selama ni memang tak pernah dibuat orang kot..akak pun baru jer tau..

Rasanya memang sedap..tak sangka Sukun pun boleh buat bingka. Lepas ni boleh lah bereksperimen buah buah yang lain pulak kan...

Jadi buat teman teman yang belum mencuba ..akak C&P resepi ni untuk dicuba..

Rujukan : Ayu

BAHAN
450-500g sukon (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air)
(Buah sukon yg sudah lembik & tak boleh digoreng)
4-5 biji telor-(Ayu gunakan 4 aje)
200g tepung gandum
180g gula
300ml santan - (akak guna santan kotak KARA)
150ml air
1sk esen vanila
1sk garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (jika suka)

CARANYA

Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentil.
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
*Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. 
Sources:-From http://serojakitchen.blogspot.com
 

Bingka Sukun


January 25, 2011

MERIAH MERAH CNY

Hari ni Akak dan MR S jalan jalan cuci mata di sekitat Bukit Bintang.. sambil tu window shopping kat mall baru Farenheit..meriah nya kat situ..banyak barang yang bole di shopping..Sepanjang jalan berwarna merah..macam dalam gambar tu..banyak pula rabbit (sebab tahun arnab kan)

Jalan jalan kalau tak makan memang tak sah..hobi kami berdua ni memang makan. Kami makan di food court jer kali ni tapi meriah gak ..banyak pilihan.

Salah satu kedai tu ada pulak wat candy hand made..tu yang kat dinding tu dia tengah buat candy ler.. kira ok gak rasanya..siap beratur lagi..tengok free show.. hehehe.
 

PAPPA RICH

 Jangan marah ya .. lately ni asyik N3 pasal makan2 di Restoran jer..sebenarnya di Malaysia ni banyak tempat tempat makan yang menarik dan banyak pilihan gitu.. Jadi untuk sesiapa yang belum sempat atau singgah di restoran tersebut bolehlah Akak siarkan untuk teman2..

Macam JJC Makan pulak..tapi yg penting sekarang ni ,setiap kali order makan mesti kena posing dulu hehehe ..sampai MR S pun tak berani sentuh sehingga selesai snap snap .. heheh..Thanks Mr S sebab memahami minat i yang tak seberapa ni...Kali ini akak makan di Restoran Pappa Rich yang terletak di Jalan Doraisamy Kuala Lumpur. Restoran ni adalah yang pertama beroperasi 24 jam..

Kalau malam kat sini sunggu happening sebab di kelilingi pub dan kelab kelab hiburan..
Kita layan gambar ya.. zasss.....

January 24, 2011

PUDING ROTI SOS KASTARD

 
 Salam semua..alkisah kejadian Puding Roti Sos Kastard hari ini. Kelmarin akak buat la roti ikut resepi yang diberikan oleh MR BM..konon kononnya nak makan roti buatan sendiri ..tah apa silapnya keras la pulak. Nak makan pun tak lalu..
Jalan jalan kat rumah Hana nampaklah resepi yang amat menarik bagi tidak membazirkan roti yang keras tu...

 Untuk resepi nya minta izin dari Hana di C&P ya..

Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.



Memang sedap puding roti sos kastard ni..akak buat dua acuan ke opis habis licin..ia nya kerana kurang manis..petang ni pun akak buat lagi untuk esok..heheheh..selamat roti aku dari di buang..

Selamat mencuba ya....


BAHULU BERINTI


Salam semua...kali ini akak nak wat promosi sikit pasal Bahulu Berinti yang di usahakan oleh akak . Terdapat 4 perasa - strawberry, blueberry ,Nenas dan Colat... Harga bole lihat di halaman sebelah..

Untuk tempahan boleh hubungi akak dan bole bincang pasal harga...( ni tengah promosi la ni)

Yang ni tengah pukul telur sampai kembang

Proses meletak inti


Proses membakar dan packing.... untuk dihantar ke customer
 

January 23, 2011

KARI KEPALA IKAN


 Hai..salam semua..Hari Ahad..kebetulan bapa dan ibu tiri serta adik adik tiri saya datang ke rumah. Macam biasa di rumah saya memang tiada juadah untuk makan tengahari (hehehe..sebab dan janji nak bawa makan luar). 

Akak membawa keluarga besar akak makan makan di Restoran Kari Kepala Ikan yang terkenal di kawasan Kepong amnya...Restoran E&O yg terletak di Taman Wahyu, Jalan Kuching. Restoran ni agak terpencil sedikit tetapi sentiasa penuh dengan pengunjung yang telah mengetahui keenakan Kari Kepala Ikannya..

 Kalau nak tau..ini bukan Kari Kepala Ikan Mamak tetapi Restoran Cina yang menjual Kari Kepala Ikan ..(cuma tukang masak dia berketurunan India Mamak)..tak lah heavy sangat macam kari mamak tu..tapi tempat ini memang sentiasa di penuhi pelangan. 

Biasanya satu kepala ikan yang bersaiz sederhana berharga RM40-RM50 (untuk hidangan 4-5 orang).



Ini adalah keluarga besar Akak...jadi kita layan gambar saja ye..
 

Kalau ada teman2 yang mempunyai resepi Kari Kepala Ikan yang enak..harap2 dapat kongsi resepi ...


Selamat menjamu selera....

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...