Total Pageviews

August 27, 2014

BINGKA UBI CHEESE

Assalamualaikum...




Sedar tak sedar dah penghujung bulan Syawal... minggu terakhir ni lah ramai yang buat open house... sampai kita sendiri tak sempat nak singgah ke rumah kawan2 ... 

Kali ini saya paparkan Bingka Ubikayu Cheese bagi menjamu teman teman di penghujung Syawal... kalau biskut dan kek tentu dah jemu... jadi kita ubah selera sikit.

Apapun selamat mencuba.....



BINGKA UBIKAYU CHEESE


Saiz 8" persegi


BAHAN2:
250g Cream Cheese
250g Gula
2 biji Telur
800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
Pewarna kuning

CARA2:
1.Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
Masukkan elur satu persatu sambil dipukul rata.
Masukkan ubikayu & santan.

2. Bakar suhu 200C selama 1jam 30min sehingga masak.

Sejukkan sebelum di potong.



August 19, 2014

MOIST BANANA BROWNIES

Assalamualaikum...





Pertama kali tengok kak Ita punya brownies tergoda sungguh...  selama ni saya tak pernah mencuba untuk membuat brownies...tapi bila kita merasa brownies yang ni... rasa macam nak meletup.... tak henti henti makan... lebih enak dari kek...marvelous...

Terima kasih pada kak ita yang menyuntik keinginan untuk mencuba resepi ini...

Tak rugi mencuba..pasti nak lagi...nak lagi..nak lagi... maaf la gambar ni masih panas dah potong..jadi sememeh jer...


MOIST BANANA BROWNIES
Rujukan : Kak Ita Masam manis

BAHAN A
100 g coklat masakan 
75 g mentega 

BAHAN B
200 g pisang lecek 
60 g gula perang ~ kurangkan ( bergantung kemanisan pisang)
1/4 sk garam 
1 sk esen vanilla 

BAHAN C
75 g tepung gandum 
2 sb serbuk koko 
1/2 sk baking soda 
1/2 sk baking powder 

BAHAN TABURAN
choc. chips 
kacang walnut - cincang kasar 


Satukan Pisang, gula perang, garam dan esen vanilla. 
Kemudian di lenyek dengan senduk hingga bergaul sempurna. 
Ketepikan

Satukan tepung , serbuk koko, soda dan baking powder. 
Kemudian di ayak, ketepikan.

Satukan coklat masakan dan butter, kemudian cairkan secara kaedah double boiler.

Biarkan ia sejuk sebentar.
Kemudian satukan pisang yang di lenyek tadi ke dalam coklat masakan cair, kacau rata.
Tuangkan tepung yang di ayak ke dalam adunan coklat dan pisang dan gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang ukuran 8x8 inc,  yang di lapik kertas pembakar. Ratakan

Taburkan choc cip, badam cincang atau walnut.
Bakar di dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal.
Bakar pada suhu 160C selama 25 ~ 30 minit
Angkat dan sejukkan atas redai setelah brownies di bakar sempurna
Tunggu brownies benar-benar sejuk barulah di potong.




August 10, 2014

KEK MARBLE SUSU

Assalamualaikum...





Open house banyak sungguh seminggu dua ni... jadi apa yang mudah untuk di bawa ke rumah teman teman dan saudara adalah Kek Marble susu ( ternampak Kak Paty) buat... 

Memang lembut dan sedap kek marble susu ni...

Kita layan je la... 


Kek Marble Susu
by Chef Zubaidah 

  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 290 gm tepung naik sendiri
  • 50 gm susu pekat manis
  • 100 g susu cair
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1 sudu teh kapucino emulco
  • 1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah
  • Kepingan badam sebagai hiasan


  1. Panaskan oven pada suhu 150C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc
  3. Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek
  4. Pukul mentega dan gula sehingga sebati
  5. Masukkan telur satu persatu
  6. Kemudian masukkan susu pekat manis
  7. Pukul sehingga adunan sebati
  8. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
  9. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
  10. Ambil 1/4 adunan
  11. Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
  12. Kacau rata
  13. Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata
  14. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
  15. Diikuti adunan coklat kapucino
  16. Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
  17. Hiaskan dengan taburan kepingan badam
  18. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...