Total Pageviews

May 24, 2014

PUDING LEMAK CENDOL

Assalamualaikum...

Hari ini anak anak ada kelas tambahan .... dan sebelah petang pula ada jemputan makan makan di rumah Presiden Ladies Bikers Malaysia... jadi ini saja yang sempat saya bawa untuk di jamu di sana...




PUDING LEMAK CENDOL


Bahan-Bahan
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)
  • 2 helai daun pandan
  • 500 gm cendol (tapiskan)
Cara-cara
 
  1. Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
  2. Masak adunan td dgn api sederhana.
  3. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
  4. Masukkan cendol yg ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
  5. Angkat dan tuang di loyang.Biarkan sejuk dalam 2 jam.
  6. Setelah sejuk bolehlah dipotong.


May 20, 2014

KASTAD JAGUNG



Hari Kedua terajin dalam bulan Mei 2014...

Hari ini kita layan plak kastad jagung... tiba tiba teringin nak makan kastad jagung yang sedap dan lemak lemak ni....  bila siap je tak sedar sikit sikit lama lama naik separuh bekas kita baham...mana nak dietnya...huhu...

Apapun kita layan resepinya dan terima kasih yang menyumbang resepi


KASTAD  JAGUNG

Sumber : My Resepi

  Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 tin  jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair + air (jadikan 4 cawan cecair)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

May 19, 2014

BINGKA PANDAN




Assalamualaikum...

Terajin pulak hari ini... dah lama menyepi kan diri ... cuma hari ini tiba tiba teringin buat Bingka Pandan ... 

Memang tak di nafikan reseipi asal ini amat mudah dan sedap...

Terima kasih empunya resepi.....



Resepi asal: joayee myresipi.com
Copy dari : Nieza

Bahan-bahan ( 6 org )
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml ) ** tapi saya hanya gunakan 400ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...