Total Pageviews

December 26, 2013

SELAMAT TINGGAL CERMIN MATA






Assalamualaikum...

Saya kini bebas dari cermin mata kerana telah melakukan Lasik.

Pernah dengar Blended Visoion Lasik tak... 


Untuk mereka yg ingin bebas dari kacamata kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yg sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak boleh di rawat kerana lasik hanya mengganti kaca mata tetapi tidak memulihkan potensi mata. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat boleh buat lasik

Ini hanya utk mereka yg rabun jauh, rabun silau atau astigmatism atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.

Wanita mengandung dan menyusu sebelum umur anak 6 bulan tidak sesuai. Jika power kurang dari 800 boleh terus dtg buat full assessment 1 hari atau 2 hari sebelum prosidur lasik.

Saya telah menjalani rawatan tersebut di Prince Court Kuala Lumpur dan di lakukan oleh Prof Dr Muhaya... apa yang  menarik...procedur dia hanya mengambil masa tidak lebih dari 15 min dan tidak sedikit pun rasa sakit .. 

Nak tengok video ini..sila klik...






Saya sebelum melakukan proses Lasik..masih berkaca mata.... hehehhehe



Sebelum masuk OT



Tidak sampai 15 minit..saya sudah bebas cermin mata... 

Insyallah lepas ini saya boleh bawa motor tanpa ragu ragu...hehehehhehehe

Terima kasih Prof Dr Muhaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...